ISKANDAR telah menghantar wakil dalam satu konferens di Universiti Putra Malaysia yang berlangsung pada 30 Januari hingga 1 Februari lepas.
Dua orang pelajar telah mewakili ISKANDAR, iaitu saudari Fatin Nazirah Mohd Fadzil dan saudari Aina Shamin Najihah binti Zainudin dengan dibimbing oleh guru penasihat, Cik Nur Amalina Mohd Noor.
TAHNIAH diucapkan kepada wakil ISKANDAR kerana telah berjaya merangkul anugerah gangsa (kategori 'Safety for Everything') dan anugerah perak (kategori poster Fizik).
Saturday, 31 January 2015
Sunday, 25 January 2015
Perjumpaan Mentor Mentee Kali Pertama (1/2015)
Perjumpaan Mentor Mentee Kali Pertama bagi sesi 2015 telah diadakan pada 25 Januari 2015 iaitu pada hari Ahad dengan disertai oleh semua pelajar dan guru. Peluang ini digunakan sepenuhnya untuk menjalinkan interaksi antara guru dan pelajar.
Sementara itu, perbincangan dan pembentangan S.W.O.T (Strength-Weaknesses-Opportunity-Threat) oleh setiap kumpulan rumah dijalankan untuk pengisian perjumpaan kali ini.
Wednesday, 21 January 2015
Majlis Perpisahan Guru ISKANDAR
Pada 21 Januari 2015, Majlis Perpisahan ISKANDAR 2015 telah diadakan
di Timotel Hotel, Mersing. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh BAKSIS dengan
kerjasama Jabatan Sains dan Matematik di mana ia bertujuan meraikan perpisahan
dua orang guru ISKANDAR yang bertukar tempat. Majlis turut dihadiri oleh Pengetua,
Tuan Haji Abu Othman bin Ibrahim serta barisan pentadbir yang lain. berikut
merupakan guru yang bertukar dari ISKANDAR:
Guru
|
Bertukar
ke
|
Puan Zulaiha bt. Ismail
|
STAR, Ipoh
|
Encik Mohd. Shahrin bin Zakaria
|
PPD Mersing
|
![]() |
Guru-guru Jabatan Sains dan Matematik ISKANDAR |
![]() |
Penyampaian cenderahati oleh Pengetua ISKANDAR, Tuan Haji Abu Othman bin Ibrahim kepada Puan Zulaiha Ismail. |
![]() |
Penyampaian cenderahati oleh Pengetua ISKANDAR, Tuan Haji Abu Othman bin Ibrahim kepada Encik Mohd. Shahrin Zakaria. |
Labels:
Kurikulum
Monday, 19 January 2015
Majlis Pelantikan Mentor dan Ketua Kamar
Majlis Pelantikan Mentor dan
Ketua Kamar telah diadakan pada 21 Januari 2015 iaitu pada hari Rabu dengan dihadiri
semua guru dan pelajar-pelajar ISKANDAR.
Majlis dimulakan dengan pameran
papan kenyataan bagi sistem rumah yang bertanding (Informatique, Ingenierie, Education, Medicine).
Dalam majlis ini,
penyerahan watikah pelantikan Mentor dan Ketua Kamar telah disampaikan oleh
Pengetua ISKANDAR, Tuan Haji Abu Othman bin Ibrahim. Majlis turut diserikan dengan
Gimik Pelancaran Bantuan Pasca Banjir yang bakal dijalankan pada 29-31 Januari
nanti. Pada akhir majlis, rumah Informatique
telah diumumkan sebagai pemenang bagi pertandingan pameran papan informasi.
Tuesday, 13 January 2015
Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 ke ISKANDAR
Pada 13 Januari lepas, seramai 45 orang pelajar baru tingkatan satu
telah diterima masuk ke ISKANDAR bagi sesi 2015. Pendaftaran diadakan di Dewan
Sri Integrasi dengan pelajar ditemani oleh ibu bapa masing-masing.
![]() |
Ibu bapa pelajar yang hadir menemani anak-anak mereka sewaktu sesi pendaftaran pelajar tingkatan 1 di Dewan Sri Integrasi. |
![]() |
Pelajar tingkatan 1 yang hadir sewaktu sesi pendaftaran. |
Labels:
HEM
Saturday, 10 January 2015
Kurikulum
Aktiviti Kurikulum Sepanjang Tahun 2015
Kokurikulum
Aktiviti Kokurikulum Sepanjang Tahun 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)