Tuesday, 31 March 2015

Pertandingan Nilam Peringkat Negeri Johor: ISKANDAR Johan Kategori Bahasa Melayu, Mara ke Peringkat Kebangsaan

Team Nilam ISKANDAR sekali lagi telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam Pertandingan Nilam Peringkat Negeri Johor 2015.

Pertandingan peringkat negeri telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Skudai pada 31 Mac lepas dengan wakil ISKANDAR berjaya merangkul anugerah JOHAN bagi kategori bahasa Melayu (Sekolah Menengah).

TAHNIAH diucapkan buat adik Nurin Nasuha yang telah berjaya merangkul anugerah tersebut dengan dibimbing oleh Cik Nalini.

SEMOGA BERJAYA untuk ke peringkat seterusnya.



Sunday, 29 March 2015

Perjumpaan Mentor Mentee Kali Ketiga (3/2015)

Pertemuan Mentor Mentee kali ketiga telah diadakan pada 29 Mac 2015, iaitu pada hari Ahad. Perjumpaan pada kali ini lebih memfokuskan kepada kecemerlangan akademik di mana mentor dan mentee mengambil peluang untuk berbincang mengenai perkembangan dan prestasi semasa mereka.



Diharap perjumpaan seumpama ini memberi manfaat buat anak-anak ISKANDAR.

Saturday, 28 March 2015

Majlis Makan Malam bersama Pemenang Minggu Anti-R.A.H.S.I.A

Majlis Makan Malam bersama pemenang Minggu Anti-RAHSIA telah diadakan pada 28 Mac bertempat di Timotel Hotel, Mersing.


Mesyuarat Agung PIBG 2015

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar telah dijalankan serentak dengan hari penyampaian Majlis Anugerah Kecemerlangan pada 28 Mac lepas. Beberapa agenda telah dibincangkan bersama oleh guru-guru dan ibu bapa yang hadir.



Selain itu, cabutan bertuah juga diadakan bagi memeriahkan lagi majlis.

Sebahagian ibu bapa dan guru yang 'bertuah' menerima hamper dan saguhati yang disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Prof. Dr. Rosli.




Majlis Anugerah Kecemerlangan 2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan ISKANDAR 2015 telah diadakan pada 28 Mac 2015 bagi meraikan pelajar yang memperoleh keputusan akademik yang cemerlang pada tahun lepas.




Majlis penyampaian anugerah kecemerlangan telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Prof. Dr. Rosli dengan diiring oleh ayahanda Pengetua, Tuan Haji Abu Othman Ibrahim.

Yang Dipertua PIBG, Prof. Dr. Rosli (tengah) bersama Tuan Haji Abu Othman Ibrahim (kiri) dan Puan Hajah Fazidah A. Sani (kanan).

Ibu bapa dan tetamu yang hadir telah disajikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan gamelan sekolah yang telah dibimbing oleh guru muzik ISKANDAR, Encik Mohd Sopian bin Yaacob.

Persembahan istimewa daripada kumpulan gamelan sekolah di bawah bimbingan guru muzik, Encik Mohd. Sopian.

Koleksi gambar di bawah merupakan sebahagian guru yang menerima anugerah pada majlis yang dijalankan:



Manakala koleksi gambar di bawah merupakan sebahagian pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan akademik:




Penglibatan ISKANDAR dalam Pertandingan Drama English SBP Zon Selatan 2015

ISKANDAR telah menghantar wakil ke pertandingan Drama English SBP Zon Selatan yang telah dijalankan pada 28 Mac lepas di SM Sains Johor.

Kombinasi kegigihan daripada pelajar dan bimbingan daripada guru, Team Drama English ISKANDAR telah berjaya merangkul tempat pertama (Johan) dalam pertandingan tersebut.

TAHNIAH diucapkan dan semoga berjaya dalam pertandingan peringkat kebangsaan akan datang.


Hari Terbuka Asrama

28 Mac - Unit HEM sekolah telah mengadakan Hari Terbuka Asrama dengan menjemput ibu bapa mengadakan kunjungan ke asrama pelajar dengan lebih dekat.

Program ini bukan sahaja memberi ruang buat anak-anak pelajar untuk berjumpa dan melepaskan rindu pada ahli keluarga, bahkan ia turut memberi peluang buat ibu bapa untuk meninjau dengan lebih dekat terhadap persekitaran dan prasarana kediaman anak-anak mereka.

Sebahagian penjaga yang hadir mengambil peluang untuk menikmati hidangan bersama anak-anak.


"Desaku Permai"

Sunday, 22 March 2015

Pelancaran Minggu Anti R.A.H.S.I.A 2015

Pelancaran Minggu Anti R.A.H.S.I.A telah dirasmikan oleh ayahanda Pengetua, Tuan Haji Abu Othaman bin Ibrahim bersama dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah binti A. Sani dan Guru Penolong Kanan HEM, Encik Muhammad Yazid bin Abd. Wahab.

Program Minggu Anti R.A.H.S.I.A merupakan sebuah program di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) ISKANDAR. Anti R.A.H.S.I.A merupakan singkatan kepada Anti Rokok-Arak-HIV-Seks Bebas-Inhalan-Aids.

Sepanjang minggu Anti R.A.H.S.I.A ini juga, beberapa program bakal dijalankan bagi memberi pendedahan terhadap bahana R.A.H.S.I.A ini kepada pelajar ISKANDAR. Di samping itu, beberapa pertandingan juga bakal dijalankan bagi merebut Piala Pusingan Minggu Anti R.A.H.S.I.A.


Wednesday, 11 March 2015

Penglibatan ISKANDAR dalam Karnival Bahasa Melayu Daerah Mersing 2015

Wakil ISKANDAR berjaya memperoleh tempat kedua (Naib Johan) dalam Karnival Bahasa Melayu peringkat daerah Mersing bagi kategori Sajak dan Syair. Dalam masa yang sama, wakil bahas sekolah juga berjaya merangkul tempat pertama (Johan) dalam pertandingan bahas Bahasa Melayu.

TAHNIAH diucapkan.

Wakil sekolah dalam pertandingan Syair dan Mendeklamasi Sajak

Pasukan bahas ISKANDAR


Tuesday, 10 March 2015

Kejohanan Memanah Kebangsaan SBP 2015

Bertempat di Padang Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Kejohanan Memanah Kebangsaan SBP 2015 telah dijalankan pada 5-8 Mac lepas.



Penglibatan Team ISKANDAR telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan memenangi hampir sebahagian acara yang dipertandingkan.

Syabas buat Team Memanah ISKANDAR atas kejayaan mengharumkan nama sekolah di bawah tunjuk ajar dan bimbingan sifu memanah sekolah, Encik Mohd. Hapiz bin Raya.

Berikut merupakan pingat yang berjaya dipunugut dalam beberapa acara yang dipertandingkan:

Pungutan Pingat Individu (2 emas, 1 perak, 2 gangsa)

1. Pingat Emas (2 emas)
    - Keseluruhan pusingan kelayakan lelaki
    - Keseluruhan pusingan kelayakan perempuan

2. Pingat Perak (1 perak)
    - Pusingan Olimpik Individu Terbuka

3. Pingat Gangsa (2 gangsa)
    - Pusingan olimpik individu
    - Pusingan kelayakan perempuan


Pungutan Pingat Berkumpulan (2 emas, 2 perak, 2 gangsa)

1. Pingat Emas (2 emas)
    - Berpasukan perempuan
    - Berpasukan keseluruhan perempuan

2. Pingat Perak (2 perak)
    - Olimpik berpasukan lelaki
    - Olimpik berpasukan perempuan

3. Pingat Gangsa (2 gangsa)
    - Berpasukan lelaki


Saturday, 7 March 2015

Kursus Ternakan Puyuh di Felda Nitar 2 oleh Rumah Medsa

Rumah MEDSA telah mengikuti satu kursus ringkas mengenai ternakan puyuh di Felda Nitar 2.

Mereka yang mengikuti kursus berpeluang menjamu hidangan puyuh goreng berempah dan ubi rebus oleh pengusaha puyuh berkenaan.






Friday, 6 March 2015

Program Jalinan Mesra Rumah Informatique bersama SK Bandar Endau

Rumah Informatique SMSSI telah menjalankan satu program jalinan mesra bersama SK Bandar Endau.

Terima kasih diucapkan kepada warga SKBE atas kesudian menerima kunjungan warga SMSSI.




Sunday, 1 March 2015

Pelancaran Majalah ISKANDAR 2014

Majalah ISKANDAR 2014 (Edisi ke-9) telah dilancarkan dalam satu majlis ringkas yang dirasmikan oleh Ayahanda Pengetua, Tuan Haji Abu Othman bin Ibrahim. Majlis tersebut turut disaksikan oleh seluruh warga ISKANDAR termasuklah guru dan pelajar.

Tahniah diucapkan buat Sidang Redaksi di bawah kendalian Cik Nalini.