Monday, 27 April 2015

Perjumpaan Mentor Mentee Kali Ke-4 (4/2015)

Perjumpaan Mentor-Mentee Kali Keempat telah diadakan di Bangunan Asrama Pelajar pada 26 April lepas.

Perjumpaan Mentor-Mentee Rumah Inge

Mentee Rumah Info bersama Mentor-Mentornya

Pelajar Rumah Edu bersama Mentee Masing-Masing

Mentee Rumah Medsa bersama Mentor-Mentor mereka

Sunday, 26 April 2015

Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan: ISKANDAR Rangkul Tempat Ketiga Kategori Sekolah Menengah (BM)

TAHNIAH diucapkan buat adik Nurin Nasuha kerana telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan 2015 yang dipertandingkan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Meskipun tewas di tangan adik Liyana Faiz daripada TKC, anugerah ini semestinya satu pencapaian yang amat bernilai hasil daripada usaha padu pelajar dan sokongan daripada guru sendiri.

SYABAS diucapkan atas kejayaan Team Nilam mengharumkan nama ISKANDAR, daerah MERSING dan juga negeri JOHOR.


ISKANDAR Johan Festival Nasyid KPM Daerah Mersing 2015

Pada 25 April lepas, ISKANDAR menghantar kumpulan Nasyid ke Festival Nasyid KPM peringkat daerah Mersing 2015. Festival telah diadakan di Dewan Kuliah Utama Politeknik Mersing.



Alhamdulillah, kumpulan nasyid ISKANDAR berjaya merangkul tempat pertama (Johan) menewaskan enam kumpulan sekolah lain yang bertanding.

Insha Allah, kumpulan nasyid ISKANDAR akan mewakili daerah Mersing ke Festival Nasyid Peringkat Negeri yang bakal diadakan pada 9 Mei di Plaza Kota Raya, Johor Bahru.

Semoga berjaya diucapkan untuk peringkat seterusnya!






Saturday, 25 April 2015

Aktiviti Amal 'Car Wash' Rumah Medsa Sempena Program Khidmat Bakti

Di bawah program Khidmat Bakti, Rumah Medsa telah menganjurkan satu program amal 'Car Wash' yang melibatkan pelajar dari Rumah Medsa pada 24 April lepas.


TAHNIAH diucapkan kepada pelajar Rumah Medsa atas satu lagi kejayaan menganjurkan program Khidmat Bakti.

Thursday, 23 April 2015

INGE Rumah Cemerlang Bulan Mac

TAHNIAH diucapkan buat Rumah INGE kerana telah berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan merangkul anugerah Rumah Cemerlang bagi bulan Mac.



Majlis telah diadakan pada 22 April lepas yang bertempat di Dewan Al-Maidah. Bertemakan 'Ingenerie Night of Nightmare', Rumah Ingie telah mengadakan Hi-Tea bagi meraikan kejayaan tersebut. Majlis telah dihadiri oleh semua pelajar Inge dan juga sebahagian besar Mentor dari Rumah Inge.




SYABAS diucapkan buat Rumah Inge. Moga kejayaan ini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa.










Tuesday, 14 April 2015

Penglibatan Kadet Polis ISKANDAR dalam Pertandingan Kawad Kaki GO Daerah Mersing 2015

Pada 13 April lepas, ISKANDAR telah menghantar kontinjen Kadet Polis ke Pertandingan Kawad Kaki GO Daerah Mersing 2015 yang bertempat di SMK Anujng Batu.


TAHNIAH diucapkan buat kontinjen Kadet Polis kerana berjaya meraih Johan dan berjaya merangkul Anugerah Individu (Ketua Platun Terbaik (P) Kategori GO).

MOGA BERJAYA untuk ke peringkat seterusnya.


Monday, 13 April 2015

Lawatan Fellow Kanan KPM ke ISKANDAR

Sepanjang 12-13 April lepas, ISKANDAR telah menerima kunjungan daripada Felo Kanan KPM yang turut disertai ole SIP+ Daerah Mersing.

Perjumpaan Fellow Kanan KPM bersama Pengurusan ISKANDAR

Perjumpaan Fellow Kanan KPM bersama guru-guru dari Jabatan Sains dan Matematik serta Jabatan Teknik dan Vokasional

Perjumpaan Fellow Kanan KPM bersama guru-guru dari Jabatan Bahasa dan Jabatan Pendidikan Agama Islam

Moga pertemuan ini memberi manfaat bersama buat seluruh warga ISKANDAR.

Friday, 10 April 2015

Penglibatan ISKANDAR dalam Kemahkotaan Sultan Johor Peringkat Daerah Mersing 2015

Sambutan Kemahkotaan Sultan Johor Peringkat Daerah Mersing telah diadakan pada 09 April lepas. Beberapa sekolah telah terlibat menghantar wakil ke dalam acara lintas hormat. ISKANDAR tidak ketinggalan dalam menghantar beberapa kontinjen ke dalam lintas hormat berkenaan.

Persatuan Puteri Islam, Kadet Polis dan Kadet Remaja Sekolah merupakan kontinjen yang telah menyertai perbarisan lintas hormat pada malam sambutan berkenaan.

TAHNIAH diucapkan buat ketiga-tiga kontinjen kerana telah bersama-sama menjayakan sambutan berkenaan.




Bola Jaring Daerah Mersing 2015: ISKANDAR Johan Kategori P-18

Pada 8 - 9 April lepas, Pertandingan Bola Jaring Daerah Mersing 2015 telah diadakan. SMK Nitar telah menjadi tuan rumah untuk kejohanan pada tahun ini.



Team Netball ISKANDAR telah menghantar dua wakil untuk bertanding dalam kategori P-18 dan P-15.

TAHNIAH diucapkan kepada Team P-18 atas kejayaan merangkul Johan bagi kategori tersebut.


Khidmat Bakti Rumah Medsa ke Dataran Kembara

Rumah Medsa telah menjalankan program khidmat bakti ke Dataran Kembara, Mersing. Program seumpama ini merupakan sebahagian daripada pengisian ke arah mencapai Anugerah Sistem Rumah Terbilang SBP 2015.


Wednesday, 8 April 2015

Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah Mersing 2015

Pertandingan bicara berirama peringkat daerah Mersing telah diadakan di SMK Pai Chee pada 7 April lepas.

ISKANDAR berjaya memperoleh tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

TAHNIAH diucapkan.




Monday, 6 April 2015

Festival Muzik Gamelan Melayu dan Caklempong SBP Kali Kelima 2015



Sepanjang 3-5 April lepas, Festival Muzik Gamelan Melayu dan Caklempong SBP Kali Kelima telah diadakan di SM Sains Tuanku Munawir (SASER).

ISKANDAR yang diwakili oleh Kumpulan Walinung Sari telah menyertai festival tersebut dengan dibimbing oleh guru muzik, Encik Mohd Sopian bin Yaacob.



ISKANDAR berjaya memperoleh gangsa dalam festival yang disertai. TAHNIAH diucapkan.


Friday, 3 April 2015

Penglibatan ISKANDAR dalam MIYIO 2015

Sepanjang 3-5 April lepas, ISKANDAR telah menghantar wakil menyertai Malaysia International Young Inventors Olimpiad 2015 (MIYIO 2015) yang dianjurkan oleh SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Pulau Pinang.




Dalam pertandingan tersebut, ISKANDAR telah berjaya memperoleh 1 perak dan 4 gangsa. Berikut merupakan senarai anugerah yang berjaya diperoleh:

Anugerah
Pameran
Perak
(Silver)

a.      Eversafe Cream as Wound Cure
Gangsa (Bronze)
a.      SFE as Safety Features to Prevent Pickpockets
b.      Syasugi as Upgraded Teeth Cleaning Twig
c.       Mango Leaf Topplast as Latest Plaster with Multifunction
d.      Eggshels as the Natural Fertilizer



TAHNIAH diucapkan buat Team ISKANDAR atas kejayaan mengharumkan nama sekolah di pringkat antarabangsa.

Thursday, 2 April 2015

Penglibatan ISKANDAR dalam Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Mersing 2015

Karnival Pendidikan Islam bagi daerah Mersing telah dijalankan pada 02 April 2015 di SMK Tan Sri Abdul Kadir dan SK Tenggaroh.



Penglibatan ISKANDAR dalam karnival kali ini nyata membuahkan hasil dengan memenangi sebahagian besar daripada acara yang dipertandingkan.

Daripada 9 acara yang dipertandingkan bagi kategori sekolah menengah, ISKANDAR berjaya memenangi enam acara dengan memperoleh TIGA johan, DUA naib johan dan SATU tempat ketiga. Berikut merupakan senarai pemenang yang berjaya:

Acara
Keputusan
Tilawah Al-Quran (L)
Naib Johan
Tilawah Al-Quran (P)
Johan
Hafazan (L)
Naib Johan
Hafazan (P)
Johan
Syarahan (L)
Ketiga
Kuiz
Johan

SYABAS diucapkan buat wakil pelajar yang telah mengharumkan nama ISKANDAR dan
SELAMAT MAJU JAYA untuk bertanding ke peringkat seterusnya.

Wednesday, 1 April 2015

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah 2015

Pertandingan kawad kaki badan beruniform peringkat sekolah telah dijalankan pada 01 April 2015. Ia merupakan acara tahunan yang dijalankan di bawah kelolaan Unit Kokurikulum.

Setiap pasukan badan berunifom gigih mempamerkan persembahan terbaik dalam merangkul anugerah yang dipertandingkan.

Keputusan pertandingan kawad kaki badan beruniform peringkat sekolah adalah seperti berikut:

Kategori Lelaki
1. Johan - PBSM
2. Naib Johan - Kadet Polis
3. Ketiga Bersama - KRS dan Pengakap

Kategori Perempuan
1. Johan - PPI
2. Naib Johan - Kadet Polis
3. Ketiga Bersama - KRS dan PBSM

Johan kategori lelaki


Naib johan kategori lelaki


Johan kategori perempuan


Naib johan kategori perempuan


TAHNIAH diucapkan kepada pasukan yang berjaya.
Ucapan TERIMA KASIH juga kepada bersama membantu menjayakan program ini.