Monday, 31 August 2015

Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Mersing 2015

Tahniah pasukan ISKANDAR yang diwakili oleh Pasukan Badan Beruniform Pengakap atas kejayaan merangkul tempat naib johan dalam kategori badan beruniform dan johan bagi kategori pakaian kreatif.



Warna-warni sempena Perbarisan Hari Kebangsaaan peringkat daerah Mersing 2015.





Sambutan Ambang Merdeka ISKANDAR 2015

Tanggal 31 Ogos 2015, tepat pada jam 12 tengah malam telah diadakan sambutan ambang kemerdekaan ISKANDAR.



Majlis telah dirasmikan oleh ayahanda Pengetua, Tuan Haji Abu Othman dengan dihadiri oleh sebilangan besar guru dan semua pelajar.

















Sunday, 30 August 2015

ISKANDAR Menyerlah dalam Pertandingan Taekwando Peringkat Negeri Johor 2015

Penglibatan ISKANDAR dalam pertandingan taekwando peringkat Negeri Johor telah membuahkan hasil dengan berjaya menuai beberapa pingat (2 emas, 2 perak, dan 3 gangsa).

Berikut merupakan anak-anak ISKANDAR yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan tersebut:

Pingat Emas
1. Nurul Atiqa bt Mohd Zainey
2. Adriana bt Mohd. Zaki

Pengat Perak
1. Danial Aiman b Mazlan
2. Maisarah bt Zainal

Pingat Gangsa
1. Nurul Hamizah bt Mohd Afandi
2. Khairunnisa bt Darwis
3. Nur Syahirah bt Jumien

Tahniah diucapkan buat Team Taekwando Iskandar atas kejayaan yang diacapai.


Raptai Perbarisan Hari Kebangsaan 2015

ISKANDAR telah menyertai raptai perbarisan Hari Kebangsaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Mersing yang akan diadakan pada hari esok, 31 Ogos 2015.



Thursday, 27 August 2015

ISKANDAR Johan Keseluruhan dalam Karnival Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2015

Sekali lagi, pelajar-pelajar ISKANDAR telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan merangkul johan dalam Karnival Kerjaya Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka pada 27 Ogos lepas.



Dengan merangkul temapt pertama (kategori poster), tempat ketiga (kategori eksplorasi alam kerjaya dan e-pendidikan kerjaya) serta Anugerah Perak bagi kategori inovasi kerjaya, ini memberi peluang buat ISKANDAR untuk meraih Johan keseluruhan dalam karnival tersebut.





Tuesday, 25 August 2015

ISKANDAR Johan Pertandingan Roket Air FST Negeri Johor 2015


Tahniah Team Roket Air ISKANDAR kerana telah berjaya memperoleh johan dalam Festival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Johor 2015.



Pasukan ini akam mewakili Johor ke peringkat kebangsaan yang bakal dipertandingkan di Ranau, Sabah pada September ini.

Moga kejayaan milik ISKANDAR.

Thursday, 20 August 2015

Sesi Bicara Patriotisme Sempena Bulan Kebangsaan ISKANDAR 2015

Pengisian bulan kebangsaan di ISKANDAR diisi dengan program Sesi Bicara Patriotisme pada malam tadi dengan bertemakan kebangkitan anak muda di SBP demi kesejahteraan negara.



Tahniah unit HEM dan unit bimbingan dan kaunseling di bawah seliaan Cikgu Megat atas program yang dianjurkan.





Tuesday, 18 August 2015

Lawatan Kerja Pengarah Pelajaran Negeri Johor ke ISKANDAR

Pengarah Pelajaran Negeri Johor yang juga merupakan seorang daripada mantan Pengetua ISKANDAR telah melakukan lawatan kerja ke sini.



Sepanjang kunjungan tersebut, beliau sempat melawat beberapa tempat seperti Galeri Sejarah, Pusat Sumber Sekolah, Makmal Komputer, Makmal Chrome, Bilik Pengurusan Aset Alih Kerajaan, Surau dan Dewan Makan.