Tuesday, 26 April 2016

Program Ulul Albab ISKANDAR : Kelas Tasmi' Ke-2

Seramai 31 pelajar lelaki dan 19 pelajar perempuan berjaya melepasi ujian hafazan Mini Ulul Albab. Seterusnya, mara ke modul seterusnya iaitu Program Huffaz Muda.






Sunday, 24 April 2016

4 Pelajar ISKANDAR ditauliah Pangkat Sarjan dan Staf Sarjan KRS

Aktiviti : Kursus Kenaikan dan Pentauliahan Pangkat KRS SBP 2016
Tarikh : 21 - 24 April 2016
Tempat : SM Sains Tuanku Syed Putra, Kangar

Kontinjen ISKANDAR telah menghantar seramai 4 pelajar dan seorang pegawai pengiring ke Kursus Kenaikan dan Pentauliahan Pangkat KRS SBP yang diadakan di SM Sains Tuanku Syed Putra, Kangar.

Dalam kursus 4 hari itu, 2 pelajar lelaki telah ditauliahkan pangkat Sarjan KRS dan 2 pelajar perempuan telah ditauliahkan pangkat Staf Sarjan KRS.

Tahniah diucapkan buat kontinjen KRS ISKANDAR atas pentauliahan yang diterima.



MAJLIS PELANTIKAN TUTOR-TUTEE MATA PELAJARAN BATCH EFFICACIOUS SPM 2016

Program : Pelantikan Tutor-Tutee Mata Pelajaran Batch Efficacious SPM 2016
Tarikh : 24 April 2016 (Ahad)
Tempat : Dewan Sri Integrasi












Sunday, 17 April 2016

Program Bersama BLINK Trading Sempena Pengisian KM1M dan Hari Buku Sedunia

Program : Program Bersama BLINK Sempena KM1M
Tarikh : 17 April 2016 (Ahad)
Waktu : 2.30 pm
Tetamu Jemputan : Encik Azanil Fitri (Novelis)



KEJOHANAN BOLA SEPAK INTER-SBP 2016: ISKANDAR NAIB JOHAN

Acara : Kejohanan Bola Sepak B15 Inter-SBP 2016
Tarikh : 15 - 17 April 2016
Tempat : Maktab Melayu Kuala Kangsar, MCKK
Pencapaian : Naib Johan Peringkat Kebangsaan






Tahniah buat pasukan Iskandar atas kejayaan memperoleh Naib Johan dalam Kejohanan Bola Sepak Inter- SBP anjuran bersama oleh Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh.

Pada perlawanan akhir, pasukan MCKK selaku tuan rumah berjaya menumpaskan pasukan Iskandar dengan penentuan sepakan penalti 4-3.




Program Pelancaran Mini Ulul Albab dan Huffaz Muda ISKANDAR 2016

Pelancaran Program Ulul Albab ISKANDAR 2016. Cuba sesuatu kelainan, bagi menghasilkan impak yang luar biasa. Harap modul yang dibangunkan ini memberi manfaat kepada anak-anak ISKANDAR.




Sumber dari : fb Muhammad Yazid Abdul Wahab

Sunday, 3 April 2016

MIYIO 2016 : ISKANDAR RANGKUL 7 ANUGERAH PERTANDINGAN INOVASI

Penglibatan ISKANDAR dalam pertandingan MIYIO 2016 telah berjaya memperoleh tujuh anugerah yang berlangsung di Perda City Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Berikut merupakan senarai anugerah yang berjaya diperoleh:

Special Judges Award
1. Monkey Repellent

Gold Award
1. Monkey Repellent

Silver Award
1. Aveloz Swell Away
2. Tetulang Bath
3. Falle Musca Domestica

Bronze Award
1. Melastoma Cream
2. Multipurpose Mango Cream












TAHNIAH diucapkan buat Team MIYIO 2016 ISKANDAR atas kejayaan merangkul anugerah dalam pertandingan inovasi yang dipertandingkan.

TAHNIAH juga buat Puan Rosnah Juraimi atas bimbingan dan tunjuk ajar yang dicurahkan buat anak didik Team MIYIO.

Saturday, 2 April 2016

KEJOHANAN KAWAD KAKI ISKANDAR 2016 : PBSM RANGKUL ANUGERAH TERBAIK KESELURHAN

10 pasukan badan beruniform telah mengambil bahagian dalam pertandingan kawad kaki pada tahun ini.

PBSM telah berjaya merangkul Anugerah Terbaik Keseluruhan dengan memenangi 3 daripada 4 kategori yang dipertandingkan iaitu Johan (L), Naib Johan (P) dan Anugerah Ketua Platun Terbaik (L) yang telah disandang oleh adik Mohd Nabil.

Kejohanan ini juga turut disajikan dengan persembahan seni mempertahankan diri dari pasukan Taekwando dan pasukan Silat.




Berikut merupakan senarai keputusan pertandingan kawad kaki yang dijalankan:

KAWAD KAKI (LELAKI)
Johan - PBSM
Naib Johan - Pengakap
Ketiga - KRS
Keempat - Kadet Polis
Kelima - Kadet Bomba








KAWAD KAKI (PEREMPUAN)
Johan - KRS
Naib Johan - PBSM 
Ketiga - Pengkap
Keempat - Kadet Polis
Kelima - Puteri Islam








ANUGERAH KETU PLATUN TERBAIK (LELAKI)
Mohd Nabil (PBSM)



ANUGERAH KETU PLATUN TERBAIK (PEREMPUAN)
Nur Azyanatul Ania (KRS)




ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN
Pasukan Badan Beruniform PBSM




TAHNIAH buat semua guru dan pelajar yang terlibat dalan menjayakan program ini.




Program Penandaarasan PAK 21 di SMK Mersing

ISKANDAR telah berkunjung ke SMK Mersing dalam Program Penandaarasan PAK 21. Dalam program ini, para guru ISKANDAR berpeluang melihat persekitaran dan pengurusan kelas abad ke-21 yang dijalankan di sini.