Sambutan Kemahkotaan Sultan Johor Peringkat Daerah Mersing telah diadakan pada 09 April lepas. Beberapa sekolah telah terlibat menghantar wakil ke dalam acara lintas hormat. ISKANDAR tidak ketinggalan dalam menghantar beberapa kontinjen ke dalam lintas hormat berkenaan.
Persatuan Puteri Islam, Kadet Polis dan Kadet Remaja Sekolah merupakan kontinjen yang telah menyertai perbarisan lintas hormat pada malam sambutan berkenaan.
TAHNIAH diucapkan buat ketiga-tiga kontinjen kerana telah bersama-sama menjayakan sambutan berkenaan.
No comments:
Post a Comment