Tahniah kepada Pasukan Roket ISKANDAR dan Cikgu Rozi atas kejayaan dalam merangkul johan dalam Karnival Sains dan Teknologi (Roket) SKK 2015.
Thursday, 30 July 2015
Wednesday, 29 July 2015
Sambutan Riang Ria Aidilfitri ISKANDAR 1436H
Suasana sekitar Sambutan Aidilfitri ISKANDAR 2015M/1436H yang diadakan pada 29 Julai 2015.
Ayahanda Pengetua, Tuan Haji Abu Ohtman serta barisan guru ISKANDAR menyambut ketibaan Puan Hajah Junaidi.
Sambutan dimulakan dengan bacaan doa oleh Adik Azizi Jazam.
Acara utama pun bermula... Sesi menikmati juadah..!
Pertandingan Ceria Raya antara Rumah juga turut diadakan pada malam tersebut bagi memeriahkan lagi majlis.
Beberapa persembahan daripada pelajar turut mengisi sambutan pada malam berkenaan dengan dipimpin oleh Guru Muzik ISKANDAR, En. Sofian Yaakob.
Tidak ketinggalan juga, majlis penyampaian hadiah bagi beberapa acara yang dipertandingkan seperti pertandingan marhaban antara kelas dan pertandingan ceria raya antara rumah dengan disampaikan oleh Puan Hajah Junaidi.
Sambutan Riang Raya Aidilfitri ISKANDAR pada malam itu juga turut meraikan warga ISKANDAR yang lahir pada bulan Julai, termasuklah ayahanda pengetua, Tuan Haji Abu Othman.
Akhir sekali, sambutan disudahi dengan persembahan bunga api yang disaksikan oleh semua warga ISKANDAR.
Moga sambutan seperti ini dapat menjalinkan dan mengeratkan lagi ukhuwwah sesama warga ISKANDAR. Sekaligus, dapat menghayati dan bersyukur dengan nikmat kurniaan olehNya.
Salam Aidulfitri 1436H.
Program Pecutan SPM SBP Zon Selatan 2015
Sepnajang 26 - 29 Julai 2015, seramai 180 pelajar daripada sekolah-sekolah berasrama penuh zon selatan telah terlibat dalam Program Pecutan SPM SBP Zon Selatan 2015 yang bertempat di Dewan Sri Merbau, Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Moga program seumpama ini mampu memberi impak kepada prestasi pencapaian pelajar dalam peperiksaan akan datang dengan diiringi doa.
Labels:
Kurikulum
Location:
KTHO, 81310 Skudai, Johor, Malaysia
Warga ISKANDAR Bersama Fellow Kanan KPM
Bersama Fellow Kanan KPM, Pn. Hjh. Junaidi Santano
Rabu 29 Julai 2015:
Rabu 29 Julai 2015:
8.00 Pagi...Bersama Pengurusan Sekolah
9.00 Pagi...Bersama GKMP dan Ketua Panitia
11.00 pagi...Bersama Pelajar Tingkatan 3
2.30 Petang...Sesi Profesional Bersama Guru-guru ISKANDAR
4.30 petang..Bersama pelajar di foyer menyaksikan persiapan riang ria Aidilfitri.
9.00 mlm...Tetamu Riang Ria Aidilfitri
9.00 Pagi...Bersama GKMP dan Ketua Panitia
11.00 pagi...Bersama Pelajar Tingkatan 3
2.30 Petang...Sesi Profesional Bersama Guru-guru ISKANDAR
4.30 petang..Bersama pelajar di foyer menyaksikan persiapan riang ria Aidilfitri.
9.00 mlm...Tetamu Riang Ria Aidilfitri
Khamis 30hb Julai 2015:
8.00 pagi..Bersama Pengetua dan Guru besar Daerah Mersing
3.00 ptg...Bersama Pelajar F5 ISKANDAR..
3.00 ptg...Bersama Pelajar F5 ISKANDAR..
Terima kasih, Bonda...
![]() |
Barisan guru ISKANDAR bersama dengan Puan Hajah Junaidi. |
![]() |
Perjumpaan Pelajar Tingkatan 3 bersama Bonda Junaidi. |
![]() |
Perjumpaan Pelajar Tingkatan 5 bersama Bonda Junaidi. |
Tuesday, 28 July 2015
Kem Kecemerlangan Akademik SPM 2015
Kem Kecemerlangan Akademik SPM 2015 telah diadakan pada 26 - 28 Julai 2015 di Kem PLKN Teluk Sari, Endau Johor. Program melibatkan pelajar-pelajar daripada tiga buah sekolah iaitu SMSSI, MRSM Mersing dan SMK Sri Mersing.
Sunday, 26 July 2015
Marhaban Raya ISKANDAR 1436H/2015M
Buat julung kalinya, Majlis Marhaban Peringkat Sekolah telah diadakan sepanjang 26 hingga 28 Julai 2015.
Majlis seumpama ini dijalankan bagi meraikan kemeriahan suasana Aidilfitri bersama komuniti sekolah.
Moga majlis seumpama ini dapat mengeratakan lagi hubungan silaturrahim sesama semua.
Majlis seumpama ini dijalankan bagi meraikan kemeriahan suasana Aidilfitri bersama komuniti sekolah.
Moga majlis seumpama ini dapat mengeratakan lagi hubungan silaturrahim sesama semua.
![]() |
Suasana marhaban di kelas tingkatan 3. |
![]() |
Suasana marhaban di kelas tingkatan 3. |
Monday, 13 July 2015
Sunday, 12 July 2015
Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan 1436H (2015)
Majlis Penutupan Program Ihya' Ramadhan telah diadakan pada 12 Julai 2015 di Dewan Sri Integrasi.
Beberapa pengisian telah dijalankan sepanjang majlis penutupan tersebut seperti tazkirah Ramadhan, bacaan Al-Quran dan terjemahan, laporan program anjuran BADAR, laporan program anjuran setiap Rumah, penyampaian hadiah pertandaingan sepanjang bulan Ramadhan, pengisytiharan Anugerah Usman Affan serta ucapan penutupan Program Ihya' Ramadhan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Abu Othman Ibrahim.
Saturday, 11 July 2015
Konvoi Ziarah Ramadhan 1436H / 2015M
Bersama-sama Megat, Nazrin, Shauqi, Junaidah dan Amalina serta 12 orang BADAR menyertai konvoi Program Ziarah Ramadan dengan kerjasama Kelab Peminat Komunikasi Radio Amatur Mersing ke rumah-rumah individu yang memerlukan di sekitar Mersing. Semua kampit beras yang disumbangkan oleh warga ISKANDAR telah disalurkan kepada mereka.
Program Jalinan ini juga mampu menyuburkan nilai kemasyarakatan dalam kalangan pelajar BADAR.
Program Jalinan ini juga mampu menyuburkan nilai kemasyarakatan dalam kalangan pelajar BADAR.
Subscribe to:
Posts (Atom)