Ayahanda Pengetua, Tuan Haji Abu Ohtman serta barisan guru ISKANDAR menyambut ketibaan Puan Hajah Junaidi.
Sambutan dimulakan dengan bacaan doa oleh Adik Azizi Jazam.
Acara utama pun bermula... Sesi menikmati juadah..!
Pertandingan Ceria Raya antara Rumah juga turut diadakan pada malam tersebut bagi memeriahkan lagi majlis.
Beberapa persembahan daripada pelajar turut mengisi sambutan pada malam berkenaan dengan dipimpin oleh Guru Muzik ISKANDAR, En. Sofian Yaakob.
Tidak ketinggalan juga, majlis penyampaian hadiah bagi beberapa acara yang dipertandingkan seperti pertandingan marhaban antara kelas dan pertandingan ceria raya antara rumah dengan disampaikan oleh Puan Hajah Junaidi.
Sambutan Riang Raya Aidilfitri ISKANDAR pada malam itu juga turut meraikan warga ISKANDAR yang lahir pada bulan Julai, termasuklah ayahanda pengetua, Tuan Haji Abu Othman.
Akhir sekali, sambutan disudahi dengan persembahan bunga api yang disaksikan oleh semua warga ISKANDAR.
Moga sambutan seperti ini dapat menjalinkan dan mengeratkan lagi ukhuwwah sesama warga ISKANDAR. Sekaligus, dapat menghayati dan bersyukur dengan nikmat kurniaan olehNya.
Salam Aidulfitri 1436H.
No comments:
Post a Comment